
Sejarah menunjukkan bahawa permulaan acara lompat jauh ialah sekitar tahun 708 s.m iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Jarak catatan pertama adalah 7.05 meter oleh atlet daripada Sparta iaitu Chionis.
| Lompat jauh turut merupakan sesuatu sukan dalam acara Olimpik pada Yunani Purba, Ketika zaman itu atlet haruslah memegang beban itu dengan kedua-dua tangan yang digelar halteres. |
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dimasukkan dalam acara olahraga bagi kategori acara padang. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini.
Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik seseorang boleh berpotensi untuk mengalami kecederaan.
Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga tahun 1960 oleh Ralph Boston. Kini acara rekod acara lompat jauh telah dipegang oleh Mike Powell yang merupakan seorang atlet lompat jauh dari USA yang telah membuat lompatan sejauh 8.95 meter. Bagi acara lompat jauh wanita, rekod acara ini telah dipegang oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter.
