Assalamualaikum,

Blog ini diciptakan khas untuk semua agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai acara lompat jauh. Dalam blog ini terkandung pelbagai info-info yang menarik agar mampu merangsang minda dan tubuh badan semua untuk menjadi seperti atlet dalam blog ini

Blog ini akan membantu anda semua untuk menjadikan jarak lompatan anda lebih jauh daripada biasa.

Semoga kandungan dalam blog ini dapat membantu anda semua untuk menggapai cita-cita anda semua

sekian, terima kasih

Kejohanan olahraga tertutup: hakimi cemerlang, khairul hafiz belum pasti

Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang merupakan talian hayat terakhir bagi atlet olahraga menempah slot ke temasya Sukan SEA di Filipina, November depan, membuka tirai hari ini.

Hari pertama sesi pagi kejohanan tiga hari itu menyaksikan antara acara tumpuan adalah final lompat kijang lelaki, final lompat tinggi wanita dan separuh akhir 100 meter lelaki.

Acara lompat kijang lelaki menyaksikan Hakimi Ismail menjuarainya dengan lompatan 15.60 meter dan acara lompat tinggi wanita pula dimenangi Ngu Jia Xin dengan catatan 1.75m.

Pastinya tumpuan utama terarah kepada raja pecut Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan, yang mudah mara ke pentas final 100m lelaki sesi petang ini dengan catatan masa 10.59 saat.

Dia harus mencatat sekurang-kurangnya 10.43s bagi menempah slot ke temasya dwitahunan itu hujung tahun ini.

Azeem jelmaan Usain Bolt

Seorang atlet perak, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berada dalam kelasnya tersendiri iaitu dengan berjaya mencatat catatan masa yang amat menakjubkan sehinggakan beliau digelar remaja terpantas di dunia.

Azeem yang baru sahaja menginjak usianya 15 tahun mempunyai kemampuan yang luar biasa mengatasi lawan seusia dengannya. Anak jati kelahiran teluk intan, Perak ini acap kali menjadi tumpuan sekiranya berlari di atas trek.

Baru-baru ini di kejohanan Sekolah-Sekolah Asean Azeem sekali lagi berjaya menarik perhatian umum. Beliau berjaya memenangi pingat emas dalam acara 200 meter dengan catatan masa 21. 63 saat mengatasi lawannya daripada thailand yang mendapat pingat perak dan gangsa untuk menjadi johan dalam acara tersebut.

Terdahulu azeem yang gagal memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan hanya mampu mendapat pingat perak dengan catatan masa 10.85 saat, dalam acara tersebut akhirnya, berjaya membalas dendam kepada lawannya yang menewaskannya dalam acara itu.

Azeem kelihatan muda, namun susuk tubuhnya tidak seperti usianya yang masih berusia 15 tahun. Pada kejohanan MSSM bulan 5 yang lalu azeem berjaya melakukan catatan 6.93 meter untuk mendapat pingat emas dalam acara lompat jauh. Pada kejohanan MSSM yang lalu beliau telah berjaya memecahkan rekod kejohanan tersebut.

Atlet muda dicabar pecah rekod kebangsaan Amira

Pemegang rekod kebangsaan dalam acara Lompat Jauh dan Lompat Kijang, Noor Amirah Mohd Nafiah mencabar untuk atlet-atlet muda negara kita untuk memecahkan rekod kebangsaannya iaitu sejauh 13.90 meter yang dilakarnya pada 2012.

Amirah yang kini telah bersara dan berkerja di Institut Sukan Negara (ISN) menyatakan bahawa beliau sangat berbangga dan menumpang gembira andai ada individu mampu memecahkan rekodnya.

Beliau turut percaya akan kemampuan atlet-atlet muda pada ketika ini. Mereka hanyalah perlu menunjukkan kemajuan positif dalam setiap pertandingan yang agar persiapan rapi dapat dilakukan menjelang sukan SEA 2019.

Noor Shahidatun Nadia Binti Mohammad Zuki dan R.Kirthana merupakan individu yang mempunyai peluang cerah dan prestasi yang ditunjukkan juga amat positif. Katanya.

Sepanjang bergelar atlet, Noor Amirah turut memecahkan rekod kebangsaan dalam acara lompat jauh dengan jarak 6.29 meter yang dilakarnya di Wuhan, China pada 2015.

Andre permata negara

Sejak 12 tahun yang lalu, negara telah ketiadaan wakil untuk ke Kejohanan Olahraga Asia. Kini dengan adanya pemenang pingat perak Kejohanan Olahraga GrandPrix(GP) Malaysia membuktikan badi ketiadaan wakil tersebut berjaya ditamatkan.

Atlet muda kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berjaya memperbaharui catatan rekod peribadinya dalam acara lompat jauh dengan catatan 7.72 meter. Catatan tersebut sekali gus melayakkan beliau ke Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar.

Jika dilihat jarak tersebut sebenarnya amat jauh untuk memburu pingat di kejohanan tersebut tetapi ia merupakan perkembangan yang sangat positif dan baik. Jarak tersebut tidaklah terlampau jauh dengan catatan rekod kebangsaan yang dipegang oleh Josbert Tinus dengan perbezaan jarak hanyalah 11cm sahaja. Catatan yang dibuat oleh Jobert Tinus untuk menjadi pemegang rekod kebangsaan ialah 7. 83 meter yang dibuat pada 2007.

Peluang ini merupakan peluang keemasan yang diperolehi oleh Andre untuk memecahkan rekod kebangsaan kerana usianya baru sahaja 20 tahun. Menurut Andre, secara realistiknya beliau lebih menfokuskan kepada rekod kebangsaan berbanding pingat di kejohanan tersebut. Tambah Andre, saingan di peringkat Asia lebih sukar, jadi adalah lebih baik menfokuskan kepada rekod kebangsaan sahaja, katanya.