Dalam acara lompat jauh, terdapat beberapa jenis gaya lompatan yang diperkenalkan oleh individu-individu tertentu dengan tujuan untuk menambah jarak lompatannya.

Antara tiga jenis lompatan itu ialah

1) Gaya layar

Gaya layar ini lazimnya dipelajari dan digunakan oleh individu-individu yang baru mempelajari dalam bidang lompat jauh. Hal ini demikian kerana, gaya layar sangat mudah untuk dipelajari iaitu dengan hanya perlu mengimbangi dirinya ketika diudara.

Terdapat beberapa fasa dalam acara lompat jauh untuk menggunakan gaya layar

1) Fasa lari landas

  • Berlari pada kelajuan yang maksimum tetapi masih terkawal. Lari dalam 23-25 langkah dan dengan anggaran 30-35 meter.
  • Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah keempat yang telah ditandakan.
  • Panjangkan beberapa langkah air untuk menjadikan kedudukan badan yang lebih rendah supaya mengatasi halangan graviti

2) Fasa lonjakkan

  • Kaki lonjakkan dilonjakkan dengan semaksimum mungkin untuk mendapatkan daya yang tinggi untuk melompat
  • Ayunkan kaki hadapan secepat mungkin ke atas untuk menambahkan kelajuan menegak.

3) Fasa layangan

  • Rapatkan lutut ke dada dan ayunkan kedua-dua tangan ke atas dan hadapan.

4) Fasa mendarat

  • Kaki dirapatkan dan dihulurkan ke hadapan ketika badan jatuh ke tanah
  • Tangan digerakkan apabila tumit mencecah tanah.
  • Badan dicondongkan ke hadapan seperti duduk semasa mendarat

2) Gaya gantung

Gaya gantung menuntut seseorang individu tersebut untuk melentikkan badannya dan mendongakkan kepala keatas semasa layangan diawal dan kaki dibawa kehadapan berserta badan dan serta kaki ketika mendarat

Terdapat beberapa fasa dalam acara lompat jauh untuk teknik gaya gantung

1) Fasa lari landas

  • Berlari pada kelajuan yang maksimum tetapi masih terkawal. Lari dalam 23-25 langkah dan dengan anggaran 30-35 meter.
  • Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah keempat yang telah ditandakan.
  • Panjangkan beberapa langkah air untuk menjadikan kedudukan badan yang lebih rendah supaya mengatasi halangan graviti

2) Fasa lonjakkan

  • Lonjak dengan kaki lonjakkan dengan kuasa maksimum.
  • Angkat lutu hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama angkat tangan bertentangan seberapa tinggi yang boleh.

3) Fasa layangan

  • Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya ia kelihatan seperti tergantung.
  • Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.
  • Angkat kedua-dua lutut serentak dan tangan kehadapan dan bersedia untuk mendarat

4) Fasa mendarat

  • Ayunkan tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan
  • Dahulukan tumit mendarat dahulu berserta tangan dan hamburkan badan ke hadapan

3) Gaya tendang kayuh

Dalam gaya tendang kayuh ini merupakan teknik yang paling sukar dan memerlukan individu-individu yang mempunyai kemahiran dan teknik yang baik baru mampu untuk melakukan gaya ini. Dalam gaya ini individu tersebut seolah-olah berkayuh sekitar satu setengah atau dua setengah kayuhan di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.

1) Fasa lari landas

  • Berlari pada kelajuan yang maksimum tetapi masih terkawal. Lari dalam 23-25 langkah dan dengan anggaran 30-35 meter.
  • Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah keempat yang telah ditandakan.
  • Panjangkan beberapa langkah air untuk menjadikan kedudukan badan yang lebih rendah supaya mengatasi halangan graviti

2) Fasa lonjakkan

  • Kaki lonjakkan dilonjakkan dengan semaksimum mungkin untuk mendapatkan daya yang tinggi untuk melompat
  • Ayunkan kaki hadapan secepat mungkin ke atas untuk menambahkan kelajuan menegak.

3) Fasa layangan

  • Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah langkah
  • Pergerakan tendang kayuh dua setengah:
  • 1) langkah satu: lonjakkan kaki lonjak dan kaki bebas ke hadapan
  • 2) langkah dua:kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkah 1. kaki bebas dan kaki lonjakkan untuk mendarat. Badan sedikit bongkok ke depan dan tangan lurus ke depan.
  • Langkah setengah: rapatkan kaki bebas dan kaki lonjak untuk mendarat. Badan sedikit bongkok ke depan dan tangan diluruskan.

4) Fasa mendarat

  • Bongkokkan badan sedikit dan tangan diluruskan
  • Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan
  • Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

Leave a comment