Sejak 12 tahun yang lalu, negara telah ketiadaan wakil untuk ke Kejohanan Olahraga Asia. Kini dengan adanya pemenang pingat perak Kejohanan Olahraga GrandPrix(GP) Malaysia membuktikan badi ketiadaan wakil tersebut berjaya ditamatkan.
Atlet muda kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berjaya memperbaharui catatan rekod peribadinya dalam acara lompat jauh dengan catatan 7.72 meter. Catatan tersebut sekali gus melayakkan beliau ke Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar.
Jika dilihat jarak tersebut sebenarnya amat jauh untuk memburu pingat di kejohanan tersebut tetapi ia merupakan perkembangan yang sangat positif dan baik. Jarak tersebut tidaklah terlampau jauh dengan catatan rekod kebangsaan yang dipegang oleh Josbert Tinus dengan perbezaan jarak hanyalah 11cm sahaja. Catatan yang dibuat oleh Jobert Tinus untuk menjadi pemegang rekod kebangsaan ialah 7. 83 meter yang dibuat pada 2007.
Peluang ini merupakan peluang keemasan yang diperolehi oleh Andre untuk memecahkan rekod kebangsaan kerana usianya baru sahaja 20 tahun. Menurut Andre, secara realistiknya beliau lebih menfokuskan kepada rekod kebangsaan berbanding pingat di kejohanan tersebut. Tambah Andre, saingan di peringkat Asia lebih sukar, jadi adalah lebih baik menfokuskan kepada rekod kebangsaan sahaja, katanya.
